Sunday, September 27, 2009

our first raya

this is our first raya.. cuti seminggu mmg best. rase dah xde hati nak balik maktab.. tapi, life must go on.. hemmm..

Wednesday, September 9, 2009

terlanggar la

erm rase mcm terlanggar taik lembu.. itu ok lagi.. tapi taik lembu tu terpercik kat org yg naik motor plak.. dan melalui side mirror aku nampak org tu mcm tbabas sket kat tepi jalan bile taik lembu terbang merata2.. huhu.. mintak maaf banyak2...

Monday, September 7, 2009

sambutlah suami

Istimewanya wanita ialah segala perbuatan dan setiap apa yang disentuh oleh jari halusnya di dalam ruang lingkup rumahtangganya akan mendatangkan pahala. Namun terdapat suatu perkara yang jarang sekali diambil perhatian oleh kebanyakan wanita hari ini, iaitu perihal menyambut kepulangan suami.

Setiap kali suami pulang ke rumah suami memerlukan bantuan isterinya untuk menghilangkan rasa letih, penat, lapar, dahaga dan lain-lain beban yang sedang ditanggungnya. Oleh itu, isteri yang menyambut suami hendaklah pandai memahami mood dan kehendak suami.

Sambutlah kepulangan suami dengan air muka gembira, dan dengan senyuman. Tunjukkanlah wajah yang semanis mungkin dan senyuman yang kita berikan ketika itu akan menghilangkan sebahagian daripada keletihan suami. Elakkan daripada bersikap acuh tak acuh, bermasam muka ataupun melepaskan 'peluru berpandu' bila suami terjongol di muka pintu. Sabda Rasulullah saw:

"Siapa sahaja seorang isteri bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah swt hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya. Senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan dan itulah sebenarnya yang dikehendaki oleh semua suami ketika pulang, terutamanya jika ia sedang dalam keletihan. Muka yang masam bukan sahaja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah swt turut murka. Kemurkaan Allah itu akan berkekalan hingga isteri itu berjaya mengembalikan semula suasana gembira dan memohon keampunan daripada suami. Kerana sesungguhnya keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan suami.

Bila suami pulang segeralah bukakan pintu. Persilakan masuk dengan penuh hormat dan dengan kata-kata yang lemah lembut. Sambutlah tangan suami dan ciumi ia sebagai tanda hormat serta meminta maaf, walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu. Bukannya isteri yang hulurkan tangan untuk dikucup oleh suami sepertimana yang dilakukan oleh kebanyakan orang Barat hari ini.

Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari sela-sela jari mereka berdua. Begitulah Maha Pengampunnya Allah; dosa isteri gugur hanya dengan bersalaman dengan suami. Oleh itu rebutlah peluang dalam sebarang kesempatan untuk bersalaman dengan suami dan meminta maaf daripada suami. Tentunya tidak terhad hanya ketika suami pulang daripada kerja sahaja; lazimkan perbuatan

ini ketika selepas solat jemaah, ketika hendak keluar dari rumah atau pun setelah membuat sebarang kesilapan samada kecil atau besar; supaya sentiasa mendapat keampunan Allah. Andaikata mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya. Kelaziman ini akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.

Jika suami pulang membawa buah tangan, sambutlah dengan ucapan terima kasih. Jangan biarkan sampai barang itu lama di tangannya atau suami meletakkannya sendiri di dapur. Ini tanda isteri tidak menghargai buah tangan yang dibawa oleh suami.

Jangan pula bertanya soalan-soalan seperti 'kenapa tidak beli barang yang dipesan?' dan seumpamanya. Soalan yang di tanya bertubi-tubi ketika suami sedang penat hanya akan membosankan suami, malahan mungkin akan menimbulkan kemarahannya.

Pernah disebut dalam riwayat, pada zaman Rasulullah, ada seorang wanita yang bakal masuk syurga lebih dahulu daripada Siti Fatimah. Wanita itu begitu taat serta sangat memuliakan suaminya. Dia menunggu kepulangan suaminya dengan pakaian yang bersih serta mengghairahkan; disediakan tuala, air sejuk dan sebatang rotan. Segala perbuatannya itu menjadi tanda tanya kepada Siti Fatimah yang mengunjunginya. Lalu beliau bertanya untuk mengetahui di sebalik perlakuan wanita itu.

Wanita itu pun berkata: "Aku bersiap-siap dan menyinsing kainku ialah supaya mudah jika suamiku ingin menyampaikan hajatnya. Adapun tuala ini ialah untuk mengesat peluhnya, air ini ialah untuk menghilangkan dahaganya dan rotan ini ialah untuk dia menghukum aku jika aku membuat sebarang kesalahan."

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.

Oleh itu wahai wanita-wanita atau para isteri-isteri hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertaqwa berakhlak mulia dan taat kepada suami. InsyaAllah seorang isteri itu akan disayangi oleh Allah, suami malah seluruh makhluk di dunia. Sabda Nabi:

"Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung-burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."

Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas maka berbanyak-banyaklah isteri itu mencari keredhaan Allah melalui suami.

OTI 5

whoa it's pekse time.. what a relief... tak yah wat lesson plan panjang2.. huhu..
cepatlah abis minggu ni. tak sabar nak pulang ke rumah kejap.. untuk beli baju raya.. pastu tinggal seminggu je lagi ni nak abis puasa dan secara rasminya tamat jugak la praktikum di sini.. tak sabarnya

Tuesday, August 18, 2009

rase nak picit2 jek



rase tak sabar nak abiskan praktikal.. tinggal lagi 3 minggu jek. xsangka dah xlame pun. pasni bye2.. mengkawang, terima kasih atas pengalaman yang diberikan... sabar jek la jadi guru praktikal ni. nak membina aura sorg guru bukan mudah. mcm mana nak bg budak hormat, lantas akur dengan kata2 yg diucapkan bukan mudah. murid-murid ni, boleh mendengar bukan bermakna boleh memahami apa yg mereka dengar. kadang2 nasihat dengan kata2, belum tentu dorg paham. nak kene cakap dengan tapak tangan baru die paham sikit2.. nasib aku cikgu praktikal.. yg dah ditrained tidak menggunakan kekasaran.. kalo tak dah ade yg aku picit-picit... hmm.. masih banyak lagi yg perlu dipelajari, masih banyak yg perlu didalami.. harap aku akan jadi cikgu yg berjaya.. mudah2an aku ikhlas sampai bebila... mesti ikhlas.......

maya nak keropok lekor

kawan aku yg sorg ni dah ngidam nak makan keropok lekor terengganu. but unfortunately, aku xdapat lagi nak tunaikan hajatnye membelikan die keropok lekor terengganu. sori la maya.. aritu cari jugak, pastu tuannye dah meninggal.. nak cari kat bandar, xlalu plak kat situ bile balik. nak bli awal2 takut dah xsedap.. tapi akan ku usahakan jugak nanti.. seblom anak ko lahir maya... huhu...

xdek org komen pun

ai xde pun org komen blog aku ni. mane la kawan2 yg lain ni dorg xberblog ke. kawan2 meh la jadi blogger huhuhu.. kongsi cite n komen.. ke korang sibuk ngat... huhu..

budak yang comel

wat terstop sudah blog aku agak lame. ape nak jadi. xkonsisten betul. aku dah pegi tengok anak rita. beberapa minggu yg lalu. so cute. sangat lah comel orgnye. kecik n comel. tapi aritu datang tgn kosong je. xsempat nak bli present. angpow pun xde bagi huhhu.. sori baby rita.. maybe next time mak cik bagi...

Friday, June 26, 2009

rindu suamiku..


masa duduk2 memerah idea tulis lesson plan n melayan perasaan, bkumandang lagu jamal abdillah kat radio THR, sepi seorang perindu... liriknya sangat btepatan untuk melahirkan perasaan aku terhadap seseorg yg sangat aku rindui, sampai mbuatkan air mata hampir bergenang..


Sepi Seorang Perindu

Bilaku rindu padamu
Terasa kuatnya cintaku
Terbangkit resah terpandang wajahmu
Bertambahlah kasih sayangku
Sesaat kau tak ku pandang
Terasa sepinya jiwaku
Tertunggu aku hadirnya dirimu
Walaupun sekelip mata

Betapa sepinya hidup seorang perindu
Dihanyut oleh keresahan
Rindu hatiku tak jemu padamu
Selagi kau masih ku cinta

Biar apa pun yang memisahkan
Namun ku tetap menyintaimu
Selagi hidup belum berakhir
Selagi itu ku merinduimu

Ku seorang perindu sepi
Tak jemu ku terus menanti

lupa reflkesi semalam

terlupa nak tulis refleksi untuk semalam.sebab asik bfikir nak tdo mane kot malam tadi. yela osmate aku sumenye dah ade plan masing2. ade yg nak balik kg, ade yg nak tdo umah kwn. tinggal aku je yg masih merangka2 nak kemana. sedara mara takde nk g melawat. nak balik kampung tak berbaloi sebab sok dah sekolah. sedihnye idup bergelandangan. betul2 rase macam kajang pak malau kajang berlipat, kajang hamba mengkuang layu... ya Allah tabahkan hatiku. dan seperti yg dah ade dalam otak aku pun sbnrnye, tdo umah Aida la kat Ajil. musafir cam aku gak huhu.. petangnye kitorg g jalan2 kat KT, g mydin-mkn kat warung Mc Gyver-jumpe muna-mlm balik tdo umah aida. abis satu lagi hari2 sorg perantau.... lega....

Tuesday, June 23, 2009

sinaran, siaran, sialan

kelas yg pertama start. bermulalah episod eksperimentasi aku keatas anak2 felda mengkawang. aplikasikan ape yg blaja kat maktab dulu sebaik mungkin. belajar teori dengan nak menyesuaipadankan ape yg blaja dulu bukan pkara yg mudah. aku pun dah mula keliru boleh ke aku menggunakan segala ape dlm 5 phase Nedham dan teori constructivism dulu di dunia yg nyata ni huhuhu... yang pasti a lot of thing to do. dan bukan pkara mudah nak realisasikan. aku bukannye ada bakat sedia ada. tapi bakat yg perlu digilap. digilap berkali2... sampai licin..
nak jadi cikgu yg mane?

cikgu sinaran?

cikgu siaran?

cikgu sialan?

Monday, June 22, 2009

perkara baik hari ini




perkara baik yg berlaku hari ini adalah waktu mengajar aku dah dikurangkan menjadi 11 waktu daripada 12 waktu.. sonok2


perkara baik yg berlaku semalam adalah kami dibelanja makan tengahari oleh MB Terengganu tanpa disangka2..


kesimpulannya, perkara baik tak dapat diramal.. buat baik akan dibalas baik.. dan bile ianya datang mmg kite tak sangke dan jangka..


aku mengharapkan sentiasa berlaku perkara baik dalam hidup aku dan aku syukurinya, manakala perkara yg tak berapa baik tu boleh aku terima jadi pengalaman dan untuk aku insafinya.

refleksi bagi hari ini pasal lembu

hari ni lambat sket g skolah. pukul 7 baru panas enjin kete huhu. tapi dah bese merempit dengan sedikit drift di selekoh2 tajam, maka sempat ler jugak sampai pukul 7.30.. GB dah pesan jgn laju2 bahaya.. banyak taik lembu.. banyak lembu tido atas jalan.. tapi bak kate ROSE, "alah bisa tegal biasa".. ada 11 minggu lagi kat sini (tolak cuti) so wat2 biase je la ngan lembu2 n taik2 nye tu.. kan ustaz Az kate, "lembu je, bukan manusia". kalo la aku boleh balas, nak je aku kate, "ustaz, lembu tak g skolah, sebab tu dia lembu". sape yang ngok ngek kepala kemik...


GB kate hati2 nak g skolah pagi2. kalo bertembung ngan bas skolah mmg best. silap2 taik lembu bersepai atas badan kete. yg naik moto tu mmg akan berbau haruman najis lembu. dan tadi dengan mate kepala aku sendiri aku mengalami pengalaman tu. mmg tragis tengok taik lembu yg segar bugar bak kek span bsepai dekat kete. maka dengan ini, cukup dah tiga hari lengkap la keretaku diselaputi najisnye baik bawah, mahupun atas.. terima kasih tuan2 lembu atas kenangan ini..


Reflection for this day, we had some observation of Science Teacher about teaching and learning technique that he use during his class. everything going smooth at the beginning of the lesson. based on my observation, i assumed that the teacher use deductive learning approach. it is because of the proof that the teacher explain first what is actualy he used to teach followed by writing down the topic of the lesson on the whiteboard. thus, pupils get some idea what they will learn today. and what happen after that, it is better that i'm not describe it..


ok dah...

kenapa terlalu bosan

assalamualaikum.. dimulakan bog ni dgn lafaz bismillahirrahmanirrahim. tak tahu pun nak coretkan ape. tapi sebab bosan sgt duduk hulu terengganu ni jadi tercetus la idea nak wujudkan blog untuk diri sendiri. banyak sbnrnye cite yg blaku dlm idup aku. cume tak penah bkesempatan je nak curi peluang untuk tulis. mintak2 la aku rajin nak tulis pasni. tak la bosan ngat.

harini hari kedua kat mengkawang. masih jugak bosan seperti semalam. huuhuu... takde semangat la huhuhu. xtau camne cara nak menimba ilmu kat sini.. tak salahkan sesape cume sebagai sorg yg nak menimba ilmu, tak tau la cmne cara yg sepatutnya nak menggali segala ilmu2 yg ade kat sini... huuu tolongla...