Saturday, March 19, 2011

cucuk 2 bulan

Kami sekeluarga pulang ke kampung sebab Humaira dicucuk pada 15 Mac sempena usianya 2 bulan sekali dengan check up. Papanya pun dah di approved cuti sampai hari Selasa. Sama macam cucuk 1 bulan aritu, Humaira tak nangis beria, cuma bunyi hek.. hek kejap pastu senyum semula bila diagah. Time timbang berat Humaira naik lagi 1 kg lebih jadi 4.8 kg. Alhamdulillah, ada peningkatan. Mudah-mudahan Humaira terus membesar dengan sihat dan kuat. Aku risau berat Humaira tak naik banyak sebab perasaan nie rasa macam bekalan susu badan macam tak mencukupi je untuk si kecil nie. Tambah lagi aku dah pun mengurangkan susu formula, tak macam waktu awal2 Humaira lahir kerap jugak aku kasi susu formula.

Nurse Kak Aida yang cek dan cucuk Humaira pun ada tanya kenapa tak kasi susu badan penuh. Erm tak tau aku nak kasi jawapan macam mana. Naluri ibu aku ni naklah sangat kasi susu badan secara ekskusif tapi dek tersilap mase awal2 kelahiran aritu, susu makin lama rasanya makin sikit pulak. Tapi aku ada jugak tanya nurse kalau sekarang nak start semula fully BF boleh ke. Katanya boleh, yang penting mind set tu yang kena betul. Jangan fikir susu tak cukup, kalau fikir memang tak cukup. Kena fikir yang positif untuk menyusu anak. Mungkin itula penyebab susu aku kurang di awal2 kelahiran dulu. Asyik fikir susu tak de jek..

Selesai Humaira dicucuk, aku bertanyakan nurse jika baby akan demam lepas cucuk. Macam-macam la aku tanya lagi pasal demam nie. Risau sangat kalau Humaira demam lepas cucuk nanti. Dahla terus nak balik Shah Alam petangnya. ....dan petang tu time nak bertolak pulang, badan Humaira pun hangat. Nasib Humaira tak mengamuk walau pun demam. Baiknye anak mama.








Friday, March 11, 2011

permata hatiku

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sudah 2 tahun blogku tertunda penulisannya. Kali terakhir menulis semasa praktikum di SK (F) Mengkawang pada 2009. Mood menulis pada tahun 2010 memang betul-betul takde. Mungkin disebabkan baru dipostingkan ke tempat baru, banyak benda baru perlu dilakukan dan dipelajari, ditambah lagi dgn tuntutan2 kursus ke sana sini, toksah ckp la mmg byk betul sampai buku biru aku melimpah-ruah dengan senarai2 kursus 2010. Maka dgn itu koleksi2 sijil pn makin btambah. Tapi mujurlah walaupun banyak kursus kena pergi tp semuanya di sekitar PJ and Shah Alam, tak perlu bermalam di mana-mana. Memang tak syok betul kalo kena tido tempat lain selain kat rumah sendiri. Tambah2 start bulan 4 dah berbadan dua, ape2 pn selesa kat rumah sendiri sebab ade jgk orang tolong urutkan kaki or blakang yg lenguh2 krn meredah jem pergi dan pulang keje.


Itulah cite tahun lepas. Bagi tahun nie, mungkin segalanya akan berubah. Dari masa tido, masa makan, masa nak buat keje skolah, buat keje2 rumah, semuanya akan mengalami anjakan paradigma.. Cewahh.. Tapi betullah, tahun nie adalah zaman-zaman perubahan bagi itu semua. Semuanya kerana kehadiran orang baru di antara aku dan suami, permata hati kami Nur Humaira Mohamad Hafiz. Anugerah daripada Allah yang kami nanti-nantikan dan amat kami syukuri. Nur Humaira lahir pada tanggal 15 Januari 2011 bersamaan 9 Safar 1432 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) pada pukul 1.07 pagi seberat 2.78 kg. Kelahiran yang tidak dijangka kerana awal 2 minggu daripada tarikh jangkaan dan lahir pula secara pembedahan Caesarean. Sebab tula sampai skrg masih lagi rase cam tak percaya je dah ade anak. Tiap kali aku tengok muka baby, dalam hati berkata macam tak percaya je anak yang dulu duduk dalam perutku kini dah ada dalam pangkuan aku. Syukur Ya Rabb di atas segala kurniaanmu ini dan nikmat menjadi mama dan papa. Jadikan kami ibu bapa yang mithali dan berjaya mendidik anak2 kami menjadi insan soleh/solehah.

Nur Humaira Mohamad Hafiz

Sunday, September 27, 2009

our first raya

this is our first raya.. cuti seminggu mmg best. rase dah xde hati nak balik maktab.. tapi, life must go on.. hemmm..

Wednesday, September 9, 2009

terlanggar la

erm rase mcm terlanggar taik lembu.. itu ok lagi.. tapi taik lembu tu terpercik kat org yg naik motor plak.. dan melalui side mirror aku nampak org tu mcm tbabas sket kat tepi jalan bile taik lembu terbang merata2.. huhu.. mintak maaf banyak2...

Monday, September 7, 2009

sambutlah suami

Istimewanya wanita ialah segala perbuatan dan setiap apa yang disentuh oleh jari halusnya di dalam ruang lingkup rumahtangganya akan mendatangkan pahala. Namun terdapat suatu perkara yang jarang sekali diambil perhatian oleh kebanyakan wanita hari ini, iaitu perihal menyambut kepulangan suami.

Setiap kali suami pulang ke rumah suami memerlukan bantuan isterinya untuk menghilangkan rasa letih, penat, lapar, dahaga dan lain-lain beban yang sedang ditanggungnya. Oleh itu, isteri yang menyambut suami hendaklah pandai memahami mood dan kehendak suami.

Sambutlah kepulangan suami dengan air muka gembira, dan dengan senyuman. Tunjukkanlah wajah yang semanis mungkin dan senyuman yang kita berikan ketika itu akan menghilangkan sebahagian daripada keletihan suami. Elakkan daripada bersikap acuh tak acuh, bermasam muka ataupun melepaskan 'peluru berpandu' bila suami terjongol di muka pintu. Sabda Rasulullah saw:

"Siapa sahaja seorang isteri bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah swt hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya. Senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan dan itulah sebenarnya yang dikehendaki oleh semua suami ketika pulang, terutamanya jika ia sedang dalam keletihan. Muka yang masam bukan sahaja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah swt turut murka. Kemurkaan Allah itu akan berkekalan hingga isteri itu berjaya mengembalikan semula suasana gembira dan memohon keampunan daripada suami. Kerana sesungguhnya keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan suami.

Bila suami pulang segeralah bukakan pintu. Persilakan masuk dengan penuh hormat dan dengan kata-kata yang lemah lembut. Sambutlah tangan suami dan ciumi ia sebagai tanda hormat serta meminta maaf, walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu. Bukannya isteri yang hulurkan tangan untuk dikucup oleh suami sepertimana yang dilakukan oleh kebanyakan orang Barat hari ini.

Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari sela-sela jari mereka berdua. Begitulah Maha Pengampunnya Allah; dosa isteri gugur hanya dengan bersalaman dengan suami. Oleh itu rebutlah peluang dalam sebarang kesempatan untuk bersalaman dengan suami dan meminta maaf daripada suami. Tentunya tidak terhad hanya ketika suami pulang daripada kerja sahaja; lazimkan perbuatan

ini ketika selepas solat jemaah, ketika hendak keluar dari rumah atau pun setelah membuat sebarang kesilapan samada kecil atau besar; supaya sentiasa mendapat keampunan Allah. Andaikata mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya. Kelaziman ini akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.

Jika suami pulang membawa buah tangan, sambutlah dengan ucapan terima kasih. Jangan biarkan sampai barang itu lama di tangannya atau suami meletakkannya sendiri di dapur. Ini tanda isteri tidak menghargai buah tangan yang dibawa oleh suami.

Jangan pula bertanya soalan-soalan seperti 'kenapa tidak beli barang yang dipesan?' dan seumpamanya. Soalan yang di tanya bertubi-tubi ketika suami sedang penat hanya akan membosankan suami, malahan mungkin akan menimbulkan kemarahannya.

Pernah disebut dalam riwayat, pada zaman Rasulullah, ada seorang wanita yang bakal masuk syurga lebih dahulu daripada Siti Fatimah. Wanita itu begitu taat serta sangat memuliakan suaminya. Dia menunggu kepulangan suaminya dengan pakaian yang bersih serta mengghairahkan; disediakan tuala, air sejuk dan sebatang rotan. Segala perbuatannya itu menjadi tanda tanya kepada Siti Fatimah yang mengunjunginya. Lalu beliau bertanya untuk mengetahui di sebalik perlakuan wanita itu.

Wanita itu pun berkata: "Aku bersiap-siap dan menyinsing kainku ialah supaya mudah jika suamiku ingin menyampaikan hajatnya. Adapun tuala ini ialah untuk mengesat peluhnya, air ini ialah untuk menghilangkan dahaganya dan rotan ini ialah untuk dia menghukum aku jika aku membuat sebarang kesalahan."

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.

Oleh itu wahai wanita-wanita atau para isteri-isteri hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertaqwa berakhlak mulia dan taat kepada suami. InsyaAllah seorang isteri itu akan disayangi oleh Allah, suami malah seluruh makhluk di dunia. Sabda Nabi:

"Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung-burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."

Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas maka berbanyak-banyaklah isteri itu mencari keredhaan Allah melalui suami.

OTI 5

whoa it's pekse time.. what a relief... tak yah wat lesson plan panjang2.. huhu..
cepatlah abis minggu ni. tak sabar nak pulang ke rumah kejap.. untuk beli baju raya.. pastu tinggal seminggu je lagi ni nak abis puasa dan secara rasminya tamat jugak la praktikum di sini.. tak sabarnya

Tuesday, August 18, 2009

rase nak picit2 jek



rase tak sabar nak abiskan praktikal.. tinggal lagi 3 minggu jek. xsangka dah xlame pun. pasni bye2.. mengkawang, terima kasih atas pengalaman yang diberikan... sabar jek la jadi guru praktikal ni. nak membina aura sorg guru bukan mudah. mcm mana nak bg budak hormat, lantas akur dengan kata2 yg diucapkan bukan mudah. murid-murid ni, boleh mendengar bukan bermakna boleh memahami apa yg mereka dengar. kadang2 nasihat dengan kata2, belum tentu dorg paham. nak kene cakap dengan tapak tangan baru die paham sikit2.. nasib aku cikgu praktikal.. yg dah ditrained tidak menggunakan kekasaran.. kalo tak dah ade yg aku picit-picit... hmm.. masih banyak lagi yg perlu dipelajari, masih banyak yg perlu didalami.. harap aku akan jadi cikgu yg berjaya.. mudah2an aku ikhlas sampai bebila... mesti ikhlas.......