Saturday, March 19, 2011

cucuk 2 bulan

Kami sekeluarga pulang ke kampung sebab Humaira dicucuk pada 15 Mac sempena usianya 2 bulan sekali dengan check up. Papanya pun dah di approved cuti sampai hari Selasa. Sama macam cucuk 1 bulan aritu, Humaira tak nangis beria, cuma bunyi hek.. hek kejap pastu senyum semula bila diagah. Time timbang berat Humaira naik lagi 1 kg lebih jadi 4.8 kg. Alhamdulillah, ada peningkatan. Mudah-mudahan Humaira terus membesar dengan sihat dan kuat. Aku risau berat Humaira tak naik banyak sebab perasaan nie rasa macam bekalan susu badan macam tak mencukupi je untuk si kecil nie. Tambah lagi aku dah pun mengurangkan susu formula, tak macam waktu awal2 Humaira lahir kerap jugak aku kasi susu formula.

Nurse Kak Aida yang cek dan cucuk Humaira pun ada tanya kenapa tak kasi susu badan penuh. Erm tak tau aku nak kasi jawapan macam mana. Naluri ibu aku ni naklah sangat kasi susu badan secara ekskusif tapi dek tersilap mase awal2 kelahiran aritu, susu makin lama rasanya makin sikit pulak. Tapi aku ada jugak tanya nurse kalau sekarang nak start semula fully BF boleh ke. Katanya boleh, yang penting mind set tu yang kena betul. Jangan fikir susu tak cukup, kalau fikir memang tak cukup. Kena fikir yang positif untuk menyusu anak. Mungkin itula penyebab susu aku kurang di awal2 kelahiran dulu. Asyik fikir susu tak de jek..

Selesai Humaira dicucuk, aku bertanyakan nurse jika baby akan demam lepas cucuk. Macam-macam la aku tanya lagi pasal demam nie. Risau sangat kalau Humaira demam lepas cucuk nanti. Dahla terus nak balik Shah Alam petangnya. ....dan petang tu time nak bertolak pulang, badan Humaira pun hangat. Nasib Humaira tak mengamuk walau pun demam. Baiknye anak mama.








Friday, March 11, 2011

permata hatiku

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sudah 2 tahun blogku tertunda penulisannya. Kali terakhir menulis semasa praktikum di SK (F) Mengkawang pada 2009. Mood menulis pada tahun 2010 memang betul-betul takde. Mungkin disebabkan baru dipostingkan ke tempat baru, banyak benda baru perlu dilakukan dan dipelajari, ditambah lagi dgn tuntutan2 kursus ke sana sini, toksah ckp la mmg byk betul sampai buku biru aku melimpah-ruah dengan senarai2 kursus 2010. Maka dgn itu koleksi2 sijil pn makin btambah. Tapi mujurlah walaupun banyak kursus kena pergi tp semuanya di sekitar PJ and Shah Alam, tak perlu bermalam di mana-mana. Memang tak syok betul kalo kena tido tempat lain selain kat rumah sendiri. Tambah2 start bulan 4 dah berbadan dua, ape2 pn selesa kat rumah sendiri sebab ade jgk orang tolong urutkan kaki or blakang yg lenguh2 krn meredah jem pergi dan pulang keje.


Itulah cite tahun lepas. Bagi tahun nie, mungkin segalanya akan berubah. Dari masa tido, masa makan, masa nak buat keje skolah, buat keje2 rumah, semuanya akan mengalami anjakan paradigma.. Cewahh.. Tapi betullah, tahun nie adalah zaman-zaman perubahan bagi itu semua. Semuanya kerana kehadiran orang baru di antara aku dan suami, permata hati kami Nur Humaira Mohamad Hafiz. Anugerah daripada Allah yang kami nanti-nantikan dan amat kami syukuri. Nur Humaira lahir pada tanggal 15 Januari 2011 bersamaan 9 Safar 1432 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) pada pukul 1.07 pagi seberat 2.78 kg. Kelahiran yang tidak dijangka kerana awal 2 minggu daripada tarikh jangkaan dan lahir pula secara pembedahan Caesarean. Sebab tula sampai skrg masih lagi rase cam tak percaya je dah ade anak. Tiap kali aku tengok muka baby, dalam hati berkata macam tak percaya je anak yang dulu duduk dalam perutku kini dah ada dalam pangkuan aku. Syukur Ya Rabb di atas segala kurniaanmu ini dan nikmat menjadi mama dan papa. Jadikan kami ibu bapa yang mithali dan berjaya mendidik anak2 kami menjadi insan soleh/solehah.

Nur Humaira Mohamad Hafiz